Sekadar ingin berkongsi...

Dalam kehidupan ini kita sering alpa, kekadang terpana dengan perkara yg mengganggu rutin harian....
Blog ini sekadar perkongsian ... mengeratkan silaturrahim .... dan catatan harian seorang ibu yang sentiasa menginginkan yg terbaik buat permata hatinya.... blog santai...... lepak... dan sekadar ingin bertukar idea... yuuuuuuuuuuuuuhu.. here we go!!

La Dolce Ameera

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

My lill future baby...

Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Friday, May 6, 2011

Anak lelaki vs perempuan....

Rezeki Allah yang turunkan... Ameen!
Pada aku setiap yg Allah bagi adalah berkah dan wajib kita syukuri kerna setiapnya telah tertulis  dan tersurat.

Anak lelaki n perempuan tak payahlah dibezakan.... yg penting sempuna fizikal, akal  dan dapat berbakti pada tuntutan agama, ibu bapa, masyarakat dan diri sendiri! MAri kita teliti hadis di bawah ni:

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Memberikan Nama Yang Baik
Hadith :
Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.”

 
Riwayat al-Baihaqi
 
 
Huraian
1. Nama umpama doa ibu bapa kepada anak-anak kerana ia boleh memberikan kesan psikologi kepada orang yang dipanggil.
2. Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang penggunaan nama sehinggakan apabila baginda berjumpa dengan para sahabat yang mempunyai nama yang kurang baik, baginda akan segera menukarkannya dengan nama yang baik.
3. Seseorang yang mempunyai nama yang baik dan faham tentang makna nama nya sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak sesuai dengan namanya. Contohnya orang yang bernama Muhammad sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang terkutuk memandangkan maksud namanya ialah insan yang terpuji. Begitulah sepatutnya.
4. Oleh itu disarankan agar para ibu bapa berhati-hati memilih nama untuk anak-anak agar terserlah peribadi yang mulia di sebalik maksud nama yang tersurat.


Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Kategori : AKIDAH Akhlak  
Tajuk :
Kewajipan Berlaku Adil Terhadap Anak-anak
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Takutlah akan Allah dan berlaku adillah terhadap anak-anakmu. ”
 
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
 
 
Huraian
i) Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
ii) Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
iii) Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
iv) Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya:” Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga.” (Abu Daud & Hakim)
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

 Inilah yg kita wajib tunaikan sebagai ibu bapa

 Al kisahnya..... aku ada 8 beradik... Abang long & kak Long aku meninggal dari kecil lagi,,,, yup!!! nak dijadikan cerita kami 6 beradik yg terdiri dari 5 girls & sorg boy.... Hoho yg pasti aku bukan favourite mak dan abah meskipun aku yg bongsu... kerana 1) aku x manja.. suka berdikari 2) keras kepala sikit.... tapi keras-2 kepala aku .. aku x suka susahkan depa n aku hormati depa....

Abah aku paling suka kakak atas aku n abang tunggal aku... hahhahah aku x kesah pun....tapi dalam diam aku geram gak n paling bersungguh2 sampai ke menara gading... yg lain takaat dip n STPM jer!... abah paling mengharapkan kakak atas aku supaya cemerlang dalam SPM 1996. Bila akak dapat pangkat 2 abah frust gila... tulah manjakan lebih2.... bila diminta duit cuci gambo di bagi jer... yg aku ni nak bl buku n nak exam disuruhnya tolong menyawit.... berperarng lah gak! hahhahah macam double stabdard kan... x kisahlah past is past!!! Mak aku ok... dialah yg suka psiko aku!! Luv u mak!!

Tahun pertama aku di UM  .... 28/11/2001... mak aku meninggalkan aku selamanya.... sedih x keruan... x ada lagi pemberi mutlak inspirasi aku..... Aku menangis dari LRT  universiti sampai ler ke rumah..... naik bus n taxi.... malas nak cita lebih3 nanti bergenang air mata aku!

Lepas arwah mak x ada, abah kata aku bukan tanggungannya lagi............... apa pendapat korang? aku tengah belajar ni... so ihsan aku hanya pada PTPTN.... yooo sejak dari tu... selama hampir 3 tahun x sapa call aku, melawat aku.... tanya khabar aku.... apa perasaan aku? ahhahahhahahahahahahahahahahhahahahahahah
sebab tu aku kebal sekarang............... tapi aku still lagi hormat n blk kg macam biasa.... cuma makin lama makin kelat................ smpi sekarang!...... sebab tu suka duk umah mertua kau... happy!

Aku bukan sebatang kara kat dunia ni... tapi yg ambil kisah cuma kakak atas aku and suami aku jer...... Aku kenal suami aku lama ... iaitu 10 tahun sebelum kami diijab kabulkan.....

Positifnya.... aku xkan layan anak aku macam tu....! 

Yooo lari plak... act nak cerita.... anak buah aku ada  24 org... Kakak no 2 aku ada 6 girls, Kak 3 aku ada 2 girls, 4 boys, Abang no 2 aku ada 2 boys 2 girls, Kak No 4 aku ada4 boys dan kak No 5 aku ada 2 girls 2 boys... aku baru ada Si kakak and baby... x tahu apa jantina baby coz dia kerap mengiring masa scan...  xkisah ler asal sihat walafiat n sempurna akal........ 
Sesetengah org kisah kl anak semua girl or boys,, sbb x ada kombinasi..... Aku dah ty Mr Hubby.. nsb baik dia ok kl anak semua boy/ girl......... Alhamdulillah... Love u so much!











No comments:

Post a Comment